Sabtu, 12 September 2015

Dapat juga merasa ada adik

Dulu masa kecik, memang aku jahat gila weh macam hantu. Aku tak suka kucing dan selalu aniaya si comel. Bergurau kasar tak kena dengan cara. Mentang mentang kucing tak bercakap, ko ambek kesempatan ya. Maunya dia jerit cakap 'you're stupid garl.' maunya lari tak cukup tanah. Padan muka jahat sangat =p

Sejak dah bela kucing ni, tetiba pulak jadi kakak sendu yang penyayang. Dulu aku macam tak ambik port lah waktu 'baby' kecik. Macam tak berapa terkesan lagilah kat hati ni dengan kehadiran dia dalam family. Uish 'dia' seolah olah macam manusia pulak. Heheh. Tapi aku ingat lagi, aku rasa macam 50-50. Mula mula tak percaya gak, biar betul abah nak bela kucing. Dahlah first time kitaorang jaga kucing. Mak aku fikir kepentingan dia je. 'Takut nanti perabot ma rosak.'
Memandangkan kakak aku yang terlampau excited, ayah aku terpaksa mengalah. Sebenarnya, baby kucing kampung mixed parsian. Kalau nak diikutkan, bulu dia biasa je. Tak lebat sangat. Lepas kakak aku bagi dia makan supplement every day, makin lama makin lebat. Aku selalu jugaklah tersengih seorang. Dulu baby kecik je. Jalan pun gedek gedek, mata biru, ekor pendek, muka kemek, manja, suka duduk atas riba orang. Depan mata sendiri dia membesar. How time flies, right? Terkezut hakak, dik. Yelah, kita ni kekadang tak alert jugak benda macam nih. Duduk satu rumah, muka yang selalu sangat kita pandang tanpa jemu. Ada kemungkinan juga, kita tak sedar ada satu perubahan berlaku. Especially, baby. Tup tup pejam celik pejam celik, dah umur 8 bulan. Dah nak jadi anak dara. Patutlah selalu duduk bertenggek tepi tingkap. Nak tengok abang sado kat bawah blok ya? Kot-kot berkenan dihati.. hakak boleh pinangkan dik. Dulu aku ingat lagi, aku tak berapa berkenan ada adik macam baby. Macam mengada gila sampaikan abah selalu belai-belai dia all the time. I is jealous. Petang tu macam biasa, aku dengan baby jelah kat rumah. Orang lain semua kerja. Pukul 5 petang, baru dorang  balik. Masa balik sekolah tu, baby datang sambut aku kat pintu. Aku buat selamba je. Tak sentuh dia langsung dan terus masuk bilik dan tutup pintu. Tetiba dalam 5 minit kemudian, aku macam ada dengar 'meow' 'meow'. Pelik. Dalam hati aku, baby lah kot. Biarlah dia. Bunyi tu hilang dah. Jadi, aku buat hal sendiri.  Baring kuak lentang, kupu-kupu, tiba-tiba tengah fe-feeling... bunyi lagi budak ni. Aku macam, pahal dia ni bunyi bunyi. Kalau lapar, makan jelah. Takkan nak bersuap kot? Mengalahkan manusia nampaknya. Manja bebenor. Kali kedua ni, aku bukak pintu bilik. Pastu aku duduk atas katil. Bersila. Baby pun duduk atas riba aku. Macam dia ajak teman lah. Sebabnya masa aku bukak pintu tadi, aku nampak muka dia yaallah, comel sangat! Sambil meow-meow, bukak pintu. (Style sedapkan cerita kononnya rheti bahasa kucing) Mulai daripada haritu, kitaorang mula rapat lah. Baby.. daripada manja tetiba jadi suka gigit orang. Gigi makin tajam. Dulu muka kemek, sekarang muka dah bulat dan berbentuk bujur sireh cantik. Lain gila dulu dengan sekarang. Aku tak perasan langsung mata dia berubah warna. Dulu biru sekarang kuning coklat keemasan. Puberty, gaisss. Miahaha.Tapi sayang, betina tapi ada misai. (Ok tak kelakar) Bila waktu pagi, nak bersiap pergi sekolah.. aku dah pakai kasut.. angkat bag. Baby macam dah tahu tahu je aku akan keluar pukul berapa. Sambil tengok jam, dia akan duduk depan pintu. Alah macamlah kita nak bagi dia keluar. Bahaya, dik. Abang sado, ramai kat bawah sana.  Kekadang kalau rajin, ayah aku bawa dia naik kereta.. hantar aku pergi sekolah. Petang petang, ajak dia turun kat bawah blok, main main dan makan rumput.

Ni paling lawak setakat ni. Bulan lepas rasanya. aku macam Pelik bin ajaib. Benda apa ni? Kutu ke? Ke cekenit? Aku try pegang dan nak cabut tapi tak boleh. Banyak kali aku tengok tengok sampaikan baby tepis tangan aku. Dahsyat jugak baby ni, belajar seni mempertahankan diri agaknya. Heheh.
Akhirnya, aku tanya kakak aku..

. 'Eh apa benda kat bawah perut baby ni? Macam ada something. Cuba raasa!'aku bawa tangan dia kat  bahagian perut baby. Dia pun raba-raba dan sentuh benda tu.

Aku kecikkan mata minta jawapan. Fokus.

'Woi, tu tetek dia lah bodoh!!'sambil dia ketawa besar.

Mataku terbuka luas. Biar betul?! Alamak dalam hati aku, selama ni mesti baby cakap .. aku dah buat sexual harassment keatasnya. Simpang Malaikat 44.  Kakak tasha amek berat dek. =p

-

-

-

-








Catat Ulasan