Sabtu, 1 Ogos 2015

puberty1

Semua orang akan lalui zaman puberty dan ada kisah-kisah tertentu yg tak boleh dilupakan. Tipu sgt lah, kalau aku cakap.. aku takda cerita yang nak dikongsikan. Memang banyak sampaikan tak terhintung. Dulu kalau bermekap,  orang kata 'comel nya budak ni. Cubit jugak pipi dia ni kang.' biarpun pakai blusher sapu dengan tangan. Macam minyak tar tak rata atas pipi. Sekarang bila dah makin besar, semua orang akan perhati. Dari hujung rambut, periksa kot-kot ada kutu ke apa hinggalah ke hujug kaki. Manalah tahu org tu nak buat khidmat manicure ke apa. Buang ulat kuku dan sebagainya. (Konon)

'Eh tak pakai blusher pulak dia harini.Biasanya melaram tak bertempat.'

'Baguslah tak mekap tebal sangat. Ni hari hari, macam pakai tepung jagung. 
Nasib baik tak pakai tepung kastard.'

People nowadays.

Dulu gemuk, sekarang kurus. Dulu hitam berkarat. Sekarang putih melepak. Ada  setengah org, akan bisik bisik dan buat ketupat. 'Minah tu makan collagen kot? Patutlah tangan hitam muka putih.' Sendu tau si minah dengar member cakap cenggitu. Ok lah tu, cantik dari Diva AA. Aku pun dulu, gelap sangat sampaikan nampak gigi je. Tapi almaklumlah, gigi pun tak pandai jaga. Muka, gigi pun kelabu asap. Mata je nampak. Tapi idok ler aku nak kata yg sekarang ni aku putih melepak. Boleh tahan lah dari kulit yg dulu. Aku bersyukur. Heks. Aku cukup rasa rendah diri dan cukup rasa kerdil bila aku berjalan dengan kakak sendiri. Dia dah lah putih, hidung mancung, tinggi macam model. Aku ni muka kelabu asap je. Pernah lah banyak kali, orang akan tanya.. 

'Eh yang mana kakak, yang mana satu adik?' 

Ada jugak kena gigit mulut tu kang. Nasib baik sempat sorok taring dracula.  

Haritu masa first raya, family aku semua buat-buat sibuk. (Sengaja) Ada yg tengok tv, goyang kaki sambil main phone, makan-makan. Aku tengah free dan 'Tak suka ambil kesempatan' jadinya, siapa lagi akan layan budak budak datang beraya? Muka lesu ni jugaklah yang kehulur-kehilir bawa sate, bawa ice, bawa cawan pergi ruang depan. Aku ni bukanlah peramah dan juga bukan sombong tapinya aku ni seorang yg susah nak tegur orang. Malu dan rendah diri. Waktu tu, takkanlah orang datang rumah, aku diam tak berperasaan macam ais ketul, tiang lampu tepi jalan. Aku try selesa kan diri depan org ramai dan bila lagi aku nak bergaul dengan orang kan? Malu-malu letak tepi yg penting, haritu aku berubah 360darjah. Paling tak menahan.. 

'Mak cik, tengok tu! dia buat pecah penutup bekas!' 

Hati aku berkecai, ok. Apakan daya, aku cuba bermanis wajah. 

'Awak panggil saya makcik?! Saya baru form4.' (Sambil tuang air) 

(Keempat-empat budak tu terkejut macam baru lepas tertelan biji durian)

Paling aku tak lupa, aku pergi wedding sepupu aku. Aku tengah mood baik, jadinya aku teman abah. Kan aku dengan abah, berpisah tiada. Kahhh.  Rupa-rupanya, pengantin pompuan lepasan spm. Dan pengantin lelaki (belah abah), dalam 20lebih. Waktu nak salam tu, ko ghaser?! pengantin pompuan cium tangan aku. Oh mak kauuuuu. Terkejut beruk iols! Aku terus berdiri tegak. 

'Ehh, saya baru form4.' 

Tiada ulasan: