Sabtu, 1 Ogos 2015

Ni bukan tarbiahsentap.

Dulu bila orang cakap iloveyou, melompat tak cukup tanah. Seorang mana cukup. Nak jugak ada spare-part. Tinggal masa untuk pilih je. Tulah perangai tamak haloba. Dah putus, meraung tak ingat dunia. (Kasar nampak) Bukan apa. Ni peringatan untuk diri sendiri yg semakin lupa diri T__T
Dulu, stock banyak. Contact pun berlambak. Kiri kanan facebook, sentiasa facebook. Mula dari fb, orang boleh berubah. Tinggal iman je kuat ke lemah. Dulu kejar hot, sentiasa cari kesalahan orang. Bila dah makin famous, haters makin banyak. Orang kata, haters make famous. Aku rasa, tidak. Orang kalau dah benci, akan buat benda yg tak pernah kita fikir. Mungkin dulu, suka mainkan perasaan orang. Allah tu maha adil. Hidup pun macam roda. Harini kita diatas, esok kita dibawah. Mungkin harini kita mainkan perasaan orang tapi siapa tahu, waktu kita cuba untuk serius dalam hubungan, kita cuba untuk setia.. Allah tengah uji kita. Uji kita untuk rasa, apa erti kesetiaan dan ditinggalkan. Kita menangis, kita kecewa. Kita rasa Allah tak adil. Allahhu :( Sebenarnya kita tak fikir, setiap apa yg berlaku tu tersimpan seribu hikmah. Mungkin DIA nak kita fikir, baik buruk atas setiap ujian yang datang. Allah takkan bagi ujian tu kalau DIA tahu kita tak kuat. Tengok balik apa yang kita buat sebelum ni. Nilai. Mungkin dulu mainkan perasaan orang satu hobi dan kita paling suka, rasa bangga sangat sebab kita berjaya kalahkan orang. Kita ketawa. Tapi sekarang, betul lah. Allah bagi ujian sebab Allah rindukan kita. Rindu nak kita berdoa, kembali kepada-NYA. Tak salah kalau kita cuba untuk nilai dan fikir positif, harini orang tinggalkan kita. Kita kecewa yg amat sangat macam terhempap batu. Bahu pun berat sebelah, tak larat nak pikut bebanan ni. Allah ada, family ada, kawan pun ada untuk dengar keluh-kesah kita. Tanya pendapat diaorang, apa yang patut kita buat. Tak salah berubah untuk kebaikan. Berubah memang susah. Kalau nak berubah dan terus berubah 100% payahlah. Aku sendiri jujur cakap, hati mmg nak berubah cuma iman ni. Lemah sangat T__T
Kalau asyik tunggu hidayah dari Allah, sampai bila? Hidayah perlu dicari bukan dinanti. Takyah tunding jari kat orang lain. Yang dekatnya, nihaa diri kita. Diri kita sendiri. Diri sendiri tak lari dari semua tu. Aku percaya, aku sendiri jahil. Setengah orang cakap,

 'Bajet alim lah kau ni nak nasihat aku. Kau tu baru setahun jagung.' 

Takda istilah bajet alim kalau kita ajak orang berubah dan sama sama memperbaiki kekurangan masing-masing.  Kalau nak diikutkan, memang kita rasa sedih kecewa dengan mulut orang. Mulut orang tak boleh tutup. Aku selalu cakap kat diri sendiri,

 'Biarlah orang nak salahkan kita walaupun diaorang tak tahu hakikat sebenar siapa salah siapa betul. Tu hak diaorang nak suka kita ke tidak. Yang penting, teruskan jadi diri sendiri dan jangan berdendam.Lambat laun, Allah akan tunjuk kebenarannya. Cuma lambat atau cepat.' 

Sampai bila asyik nak salahkan orang dan berdendam? Dulu, aku memang suka berdendam dengan orang. Pantang nampak kesalahan orang, cepat je sebar kat orang lain. Sekarang, bila dah makin besar kita boleh fikir. Kalau asyik berdendam, hati kita jugak tak tenang. 

Tiada ulasan: