Khamis, 11 Jun 2015

Pengalaman hidup

Teringat zaman dolu-dolu. Boleh tahan gatal juga aku ni, bertemu-cinta within 11 tahun. Kecik kecik dah pandai mainkan perasaan orang. Pandai berkayu tiga. Nasib lah dulu Trex, sekarang burung merparti. Betul lah orang kata, jinak jinak merpati. Mudah didekati tapi susah nak dapat.
(Kiranya nak kata kau ni laku sgt lah?!)

*Kejang perut-loya tekak* 

Dulu, dah pandai sgt cakap iloveyou. Makpak belum ajar lagi, kau dh terpengaruh dengan kengkawan. Masa tu pakai baju pun dah ikut trend biarpun tak berapa reti nak match baju. (Sekarang gheti ke?!) Sendu jugak bila tengok diri sendiri. Oklah compare dengan dulu. Dulu, zaman 'dax dax emo', tulisan pun kecik besar. Aku juga tergolong dlm golongan yg itu. Sampaikan dua-empat kali juga aku sendu sebab tak mengaku.

 'Itu aku ke wei?!' 

Siap dengan gambar aksi melampau pula. Duckface, jelir lidah. Istighfar aku tengok. Siap lukis kucing lagi kat muka ni guna celak. Secotet hidung bulat, misai kucing. 

'AwQ suk3w kitew tucq? Kitew kuc1ng shomewl. H3hewH3' 
Mohon jgn rejam. Baru nak belajar menulis tu, fikir positif apa salahnya. Miahaha

Lepastu, buat muka konon comel. Terbayang sendiri, muka followers aku kat fb. Mesti ramai haters dari likers. Pandai ko ya, depan aku duk memuji tapi belakang.. sembang kencang. Memasing wifi bergerak, sent gambar aksi terlampau aku yg asyik ber-duckface. Wakaka sadis beb
Aku sedar wei, dulu aku mmg perangai busuk hati. Nak kejar pada 'like' je. Dalam sehari, penuh dengan gambar aku je ber-selfie. Aku mula rasa matang sikit bila dah rasa macam peringkat berumur ni, nak delete semua gambar tu. Nasib lah kalau ada 'likers' yg masih simpan gambar jahil aku. Geleng kepala aku tengok.Mohon jgn sebarkan untuk tidak mengaibkan aku dikemudian hari ya T_T 
Pilu.  Baju lengan pendek, tudung sarung mak, seluar kotak kotak, flat shoes. Dahlah lengan hitam berkarat setampuk manggis, tunjuk pulak kat orang ramai. Memang haru lah jawabnya. Ada juga 40 hari 40 malam orang gelakkan aku tak kering gusi. 


Tiada ulasan: