Rabu, 10 Jun 2015

Keluarga bahagia

Kehadiran Dzirfan aqashaff dalam keluarga ni, buatkan ciksu agak excited tahap maksimum cipan lah. Sebabnya, tak pernah ada adik sebelum ni. Dan aku juga tak minta ada adik. Mohon, pencerahan T_T 
Orang masih perlukan kasih sayang ma dengan abah. Sebab aku tahu, ramai yg kata ada adik tu terus mak ayah asyik focus on adik baru. Maap ler, aku mmg agak selfish campur busuk hati.
(Pengakuan jujur. Alhamdulillah.) Aku tak nak adik, tapinya kakak dengan abang aku lagilah tak nak, kan. Ada pulak adik macam aku, hyper mcm baru lepas telan panadol 12 biji. Overdos, beb. Hari-hari gaduh macam anjing dengan kucing. Nasib baik gaduh dengan anjing-kucing. Kalau tetiba kucing parsi bertukar ke harimau bintang, mahunya masing-masing ternganga. Eh?! Miahaha tapi tulah, masing masing mampu merancang tapi Allah yg menentukan. Dan DIA tahu apa yang kita perlu, dan DIA juga tahu apa yang kita mahu. Serius tetiba bila masuk bab ni. 

Mula mula tu aku pernah rasa iri hati sikit kat kakak aku sendiri. Yelah, dia dah besar panjang dan boleh atur hidup sendiri tanpa perlu diawasi. Pakaian, semua dia tanggung sendiri. Dah ada kerjaya sendiri bgitu juga dengan abang aku. Dah berkejaya, ada keluarga sendiri. Aku pernah tertanya tanya kenapa, faktor, punca kakak aku macam marah aku bab bab tentang 'Kehidupan yg aku dapat' skrg. Yelah, dia sendiri ckp. Dulu zaman 90-an dulu, hakak dgn abang aku mana pernah dapat tepon, duit belanja yg banyak, beli online, lepastu keluar dgn kawan kawan. Abah ikut je pe'el aku, ragamdan karenah aku tanpa penat lelah tapi aku masih tak kenal erti perngorbanan semua tu dan aku patut bersyukur apa yg aku dpt sekarang. Mungkin harini kita mampu, ada yg lagi tak mampu dari kita. Kita asyik mengeluh, bila apa yg kita tak dapat tu tak ditunaikan. Kita merajuk, berjauh-hati, terasa hati bagai nak rak sampai berkurung dlm bilik konon bila kau merajuk, mak pak kau pujuk dan belai kau, 

'Jom sayang. Kita pergi beli. Nak barang apa tadi?' 

Aku tak pernah fikir, mak pak kita siang malam catu wang semata mata untuk penuhi kehendak dan keperluan kita. Hari hari fikir, untuk naik tarafkan kehidupan. Makin hari, harga pasaran makin naik. Untuk 'meringankan' beban rakyat. Memang ringan kot sebabnya, sebelum ni beli barang tak cukup troli tapi sekarang, asyik fikirkan harga pasaran. Troli makin ringan, barang dihadkan. Pakai bakul je lah pasni. 

Tiada ulasan: