Jumaat, 20 Mac 2015

Lain orang, lain caranya.

Ada masa, kita terlalu layan perasaan. Perasaan ni banyak jenis ya. Perasaan marah, cinta, sedih, kecewa. Semua orang pernah rasa sakitnya cinta, pedihnya kecewa, manisnya cinta.. marahnya kita kat pasangan atas keterlanjuran sikap masing masing yang terlalu ikutkan perasaan. Sebab tu Allah bagi kita brain. Untuk fikir mana betul dan mana salah. Tapi kita tak ada kuasa untuk melawan segala takdir. Allah dah atur cantik cantik dah. Urusan hati tu milik Allah. Sejauh mana ketulusan cinta kita, sedalam mana pun kesetiaan kita, dah Allah cakap.. dia bukan jodoh kita. Kita sebagai hambanya, masih ada akal untuk berfikir. Nangis lah sampai terkeluar biji mata sekalipun, memang kita hanya mampu merancang. Yang penting, tukar niat kita. Kita redha atas apa yang berlaku. Belajar untuk terima segala kenyataan dia bukan milik kita. Ambiklah masa banyak mana sekalipun yang penting kita dah kembali cool. Mungkin harini jenis si kekanda kekadik kekatu penyabar kuasa 8 cakap..

"Hmm.. dia bukan jodoh aku lah tu. Biar lah. 
Allah bagi yang lebih baik lagi kat aku nanti. Takpa." 

Tengok! Sebab tu kita kena redha. Redha itu pasrah. pasrah itu tak semestinya kita kalah. Tak salah kalau sekali sekala tu kita fikir kedepan sikit. Tapi jangan melebih sgt. Kang nampak macam kita ni terlebih redha sampaikan orang nak ngorat kita pun, kita cakap.. 

"Takpa lah. Jangan lah ngorat aku. Nanti ada yang lebih baik lagi datang. 
Sepuluh kali ganda hensem mengalahkan Zul Arifin aku. Ahaks. " 

No lah. Bukan macam tu. Dalam kita tengah susah hati sebab orang yang kita sayang tu dah tinggalkan kita ataupun kita yang tinggalkan dia.. apa salahnya  diri sendiri pujuk hati supaya belajar untuk bersabar. Jangan nak sakitnya tuh disini sgt ya. Belajar untuk jadi kuat ya ukhti! Ni setengah orang macam aku sendiri. Muka tu dah gaya pokok tak subur, sebulan tak siram.. takda ruang sunlight langsung. Kesian. Layu sungguh mata anda ketika itu. Monyok sampai berbulan bulan nangis minta simpati. Boleh dikatakan mogok berbulan bulan tak berborak dgn lelaki di laman sosial. Trauma kata ko. 
(Hek eleh sgt) 

Serius.. walaupun aku agak berkepala batu, sedikit tak betul dan perangai bermusim kejap islamik kejap ganas kejap macam hantu bertanduk dua tapinya hati aku ni orang kata macam ada taman. Suwit kan? Berbunga bunga tika si teruna pujuk sang dara. Romeo juliet versi tamil sgt. Aku ni kalau nak compare dengan zaman dulu, zaman mesopotamia, zaman batu.. acah budak "baru nak up
(Copy ayat bebudak fb) memang berbesen besen nangis tapinya esok lusa tu dah ada spare part. habis bercinta dengan Kudin, sambung dengan  Mamat pulak. Datang kawan mamat, declair dengan zen sardin pulak. Lumrah manusia. heheh
Catat Ulasan