Ahad, 15 Mac 2015

Allah sentiasa mendengar.

Tabarakallah :'( 
Allah tu mahal adil. Harini mungkin kita bahagia dan rasa macam dunia ni kita yang punya. Perasaan orang lain kita ketepikan. Semakin hari, siang berganti malam, sehingga ke harini.. kawan yang rapat dengan kita makin menjauh. sebabnya apa? tepuk dada. Tanya, apa kekurangan dan kesilapan kita yang kita tak sedar selama ni. Kalau boleh, setiap masalah tu selalu nak menuding jari ke orang lain. Sedangkan kita tak tahu dalam menyalah kan orang lain tu lah, lagi bertambah penderitaan kita. Kekadang kita rasa, kita cukup hebat sehingga berjaya menilai orang lain itu ini sedangkan pada waktu yang sama, orang sedang menilai diri kita. Cukuplah, Allah tu maha mendengar. Lagi lagi kalau hamba yang teraniaya. Harini mungkin kita diatas. Tapi siapa tahu, Allah turunkan balasan yang cukup besar untuk sedarkan awak satu hari nanti yang kuasa ibu bapa, darjat keluarga, memang terhad. Sampai bila nak duduk dibawah bayang bayang ibu bapa macam sebatang pokok kecil, dilindungi oleh dua pokok besar. Memang tak salah setiap apa yang berlaku tu kita mengadu kat mak ayah kita. Memang mereka berhak dengar masalah kita sebab dorang ibu bapa kita yang dah bersusah payah jaga kita. Setiap ibu bapa nak tengok anak anak dia selesa kat sekolah tanpa sebarang gangguan. Tapi tolong, sedar kesilapan kita dan bercakap benar. Memang betul, kalau kita salah.. contoh kau mencuri. Takkan lah kau nak mengaku.. 

"Mak, abah. Tadi along mencuri. Nasib baik orang tak nampak. Esok nak rompak jiran kita pulak." 

Bukan. Maksud aku disini, berlaku jujur dan biarlah apa yang kita mengadu tu, original dan tiada perencah yang kau tambah bagi sedapkan cerita. Sedangkan kesilapan tu terang berderang. Memang nampak sangat kau yang silap. Dengan pembohongan tu, boleh jadi kau dalam kategori "memfitnah". tahu tak  .. setiap apa yang kita buat kat orang, kita buat orang lain nangis, kita akan memangis kelak sebab kita kena percaya. "Satu kita buat kat orang, tapi 10 kau dapat nanti" 
mungkin didunia, kau terlepas. Kau sampai bersorak sebab akhirnya kawan kawan kau jatuh, tunduk kat kau. Kau bos. Takda sapa boleh lawan kau. Semua kena patuh cakap kau. Tapi kena ingat. Ramai yang "kesian" kat awak sebabnya kenapa? Sebab, orang yang macam ni biasanya perlukan perhatian. Dia mungkin nak apa apa, mak ayah dia kasi. Tapi, perhatian tu kurang. Mak ayah golongan A ni mungkin takda masa nak luangkan masa bersama sebab masing masing sibuk bekerja mencari rezeki. Jadi, untuk membahagiakan anak anak, ibu bapa mungkin akan bagi apa sahaja, serta turuti segala permintaan anak anak sehingga anak dia si A, akan cari jalan macam mana nak tarik perhatian ibu bapa dia. kesimpulannya, mak ayah dia terus percayakan anak sebab mereka fikir, anak dia cukup baik.. dan bila tengok anak dia nangis sambil mengadu, kemungkinan juga mak ayah mudah percaya. Weh, mak ayah mana tak percayakan anak? Semua mak ayah akan bantu anak apa pun berlaku.  
Catat Ulasan