Isnin, 5 Januari 2015

Misi bersihkan lumpur banjir

Adoi, serius pinggang aku sakit. Kaki luka luka. Lenguh sendi. Bukan mengeluh tapinya dengan badan aku yg bersaiz double-XL, nak kendong perut yg berlemak.. buat kerja berat, bongkokkan badan, sapu lantai, adoh mak.  Rasa mcm orang mengadung yg dah sarat 9 bulan, cara aku jalan. Jalan, luaskan kaki sikit, sambil tangan pegang pinggang. Tlg beri perhatian ya.

Pegang p-i-n-g-g-a-n-g. Bukan p-e-r-u-t. Heks. Tak baik buruk sangka lorh.

Sebenarnya cerita dia, smlm aku teman ma dgn abah balik terengganu. Abah ada tanah macam kebun buah, lepastu ada sebuah bangsal. I mean, macam rumah lah. Ada bed, dapur, bilik air. Macam biasalah. Macam rumah lain. Tapi takda sapa pun duduk kat rumah tu. Abah pulak jarang balik sana. Kalau ada kerja sikit, nak tengok kebun ke apa.. abah akan bermalam kat sana. Haritu kan kelantan dengan terengganu banjir. Haaa nak dijadikan cerita, Kampung Dendang tu yaallah, ada setengah rumah tu air paras bumbung rumah. Tapi bangsal abah ni,setakat dada. Tinggi gak.Tapi.. lumpur yg lekat kat lantai tu bapok segala nenek moyang tebalnya. Dah lah beranda, depan pintu utama tu sampai teralih. Nasib baik jugak, dlm bangsal tu takda perabot yg mahal mahal. Haih, simpati sangat kat rumah depan, rumah tepi tu. Rumah dorang, dahlah perabot banyak. Air tu pun baru nak surut, waktu aku gi. Penduduk kampung tu duduk kat relief centre.. almost 1 weeks. Paling aku takut sekali waktu nak balik, tetiba pulak kereta abah berhenti sbb nya kat depan tu jln rosak, berlubang, terputus. Dapat bayang tak selama banjir tu, org kampung putus hubungan? Jln darat yg paling dekat nak ke town, mmg betul betul tak boleh lalu. MasyaAllah dugaan :'(

***
Alhamdulillah jugak, waktu nak cuci rumah tu cuaca sgt lah baik. Extremly grateful!
Waktu tu memang aku bermandi peluh betul. Selama aku cuti sekolah ni, mmg aku selalu tak keluarkan peluh. Keluarkan tahi mata ada lah.

 (bisikan satu suara halus (bergema bgaikan didalam gua. Yg pasti bukan Gua Niah) ; dah lah bangun pukul 1 petang, 2 petang. Pernah tu banyak kali buat alarms, tapi ko bayangkan. Dia snooze wei. Kurang ajar kan? Dah lah buat alarms, dia mmg sengaja buat yg bunyi kuat konon dapat kejutkan dia. Nampak kan permainan dia? Sleeping beauty lah kononnya tu. Alarm music dia, bunyi 'anjing menyalak'. Kalau di-snooze, makin banyaklah pulak anjing nya. Akhir cerita, dia bukan kejutkan diri dia tapinya orang bilik sebelah yg bangun sebabnya cari mana pulak anjing terlepas. Risau gak kan.  Cari punya cari, rupa rupanya anjing tu duduk dlm bilik sebelah. Bukak pintu bilik sebelah, hmm anjing itu terperangkap dlm phone. Orang lain yg off kan alarm tu.)

Uish suara siapa ni. *Angguk dlm diam* Patutlah badan makin kembang. Aip, anak dara apa ni bangun waktu matahari atas kepala. Jawapan lazim,


'Eh chill ah. Holiday. Dah lama otak tak rehat. Dulu asyik belajar je.' 

Amboi, rehatkan otak. Ni mesti pelajar cemerlang ni kan? Yelah, rehat lah selama mana anda mahu. Rehat selama-lamanya okay gak. Tapi takut cikgu yg sedih sebabnya kehilangan pelajar yg terlampau cemerlang ni ;p kah kah kah

Tapi confirm jenis macam aku, cikgu math dengan sains aku cakap,

  'Amiiiiiin. Semoga roh kamu tenang disana. Arwah baik orangnya'

Tiada ulasan: