Ahad, 11 Januari 2015

Luka lama berdarah semula

Allah huakbar. Kenapa aku lemah sangat ni lepas kejadian petang tadi? Sesungguhnya luaran aku nampak cool, tenang tapi dlm hati ni hanya Allah je tahu weh. Kekesalan dan kekecewaan. Hati aku rasa mcm nak burst. Crack me. kaca yg aku anggap itu diri aku selama ni, mmg bukan kaca yang kukuh/kuat tu lagi. Kaca ni dah terbelah dua bila bumped into him masa tgh sibuk nak carik mana The manhattan. Yaallah, kuatkan aku. aku langsung tak terfikir selama ni. Kita akan jadi strangers. Aku rasa macam dah nak pengsan tadi. ingatkan dah tak jumpa dah lepasni. Aku rasa nak lari jauh jauh. Tapi sejauh mana pun kita berlari dari dia, Kena fikir juga. Yang jauh tu lah selalu dekat dimata, dekat dihati. Tak gitu? 

Ok merepek. 

Tapi tulah, aku kena terima hakikat tiada lagi panggilan "sayang" manja manja sebagaimana kau boleh mengada ngada dengan dia. keadaan dah berubah biarpun luka tu kembali sebabnya cara tak disengajakan ter-serempak bukannya kita rancang. Aku rasa macam kena serang "penyakit saraf" kjp. Kaku, menggigil bila fara cakap.. 

"Weh. Haziq." 

Hati aku, zzuppppp terhiris. Mata aku tepat tepat kena ke mata empat nya dan aku terus larikan pandangan yg bertembung tu lepastu secara refleks, tindakan aku.. ambik phone lepastu called kakak aku. Yaallah. Penyelamat. Jantung aku mcm baru lepas lari 100 meter weh. paling aku sedih sekali, kita jadi 
s-t-r-a-n-g-e-r-s. Berkecai hati aku. Angan angan musnah. Takpa, tak payah fikir dah tasha. Kenangan tetap kenangan. Ingat semula apa yg dia dah buat pada kau sebelum ni. Kalau dia sayang kau, dia akan terima kau seadanya biarpun kau jahat macam mana sekalipun. baru separuh jalan, dah kesal/bosan dgn sikap kau? Haha tu maknanya, dia belum betul betul serius dgn hubungan. Kau seolah olah terhegeh hegeh, lepas dia dah kurang tunjuk rasa sayang tu. Kau masih tertunggu tunggu panggilan sayang dia sedangkan dia dulu hanya anggap kau tak lebih daripada seorang kawan? Weh, usah bermimpi dimalam hari. Berpijak lah dibumi yg nyata. Simpan angan angan kosong kau yang dia akan cari kau, ajak berkawan dan mengaku silap dia. cukuplah selama ni kau dah makan hati dengan "sikap bersahaja" dia. ya, aku tak kesal sebab pernah jadi gf dia. Aku bangga. Ya bangga sebab dia pilih aku untuk jadi gf dia, sayang aku sebagaimana dia tunjuk sebelum ni.. biarpun aku tahu, ramai perempuan minat dia. Skrg, cukuplah. bangga tu simpan kat poket. Sebabnya selama 6bulan lebih, dah masak sgt dgn perangai masing masing. Dua dua ego. Aku sedar. Aku terlalu ikutkan perasaan tapi siapa sanggup pendam lelama? ego aku tinggi melangit oh.Takpa, sekarang lupakan dia. Tarik nafas, hembus. 

Lupakan dia, mulakan hidup baru dgn add math. bercinta dgn akaun, mudah mudahan aku dapat balas  semula jasa abah dengan ma. InshaAllah.Amin. 

Catat Ulasan