Jumaat, 2 Januari 2015

Lahir sana, duduk sini

Aku teringin benor nak travel ke kelantan. Favourite place weh. Local food dia, adehhh ya ampun kecur air liur ni. Pulut mangga, nasi pulut ayam, kerabu mangga.  Last aku pergi kelantan, masa form2 ritu.Duduk pulak kat Wakaf Che Yeh. Merayau aje aku pergi cari makanan dia. Dah lah bawah hotel ada bnyk gerai makanan.Aku apa lagi. Takleh duduk diam, mengunyah spnjang masa.The next day tu, sempat juga bergambar kat depan Hospital Lati, Pasir Mas. Argh, jangan gelak. Aku cakap benda betul ni. Abah berhentikan kereta weh semata mata nak tunjuk kat anak dia. Terus terang ckp, aku agak jakun bila pergi kelantan walaupun aku lahir kat situ. (Kisah menyayat hati)
Tak sempat nak merasa weh, makan semua makanan, sekolah kat sana sebabnya tahun 1999, aku lahir. Tahun 2002, pindah kuantan dah. Kakak dgn abang aku waktu tu dah besar, sempat gak sekolah kat sana. Umur kitaorang memang jauh beza sangat. Sobbbs. Lagipun waktu tu abah bertugas kat balai polis situ sebelum dapat tukar ke Kuantan pahang.

Family aku semua org terengganu. Aku seorang tetiba sesat. Kelantan. Tapi takpa, pantai timur gak. Tak jauh bezanya. Best apa, kelantan. Neelofa pun kelantan. Nelydia pun sama. (Oh kiranya kau nak kata, kau ni dlm golongan lawa lah?) Heks, tak kata pun. Cuma mmg betul kan. Fakta, org kelantan lawa lawa. Abang aku siap ejek aku tau.

 'Eh ni patut lah muka macam thailand. Tudung pun belit belit. 
Hidung macam arnab. Kembang.' 

Nangis bucu katil weh. Tahulah hidung aku tak mancung macam dorang. Tajam tajam. Aku ni em nasib baik ada batang hidung yg tinggi tapinya bila sampai part bawah, tergelonsor pulak dah. Atas tinggi.. bawah, mcm buah jambu comel plus rangup. Heh, Berjauh hati oi. Takpa, bersyukur. Hidung ni tetap mnjadi kebanggaan ;p

Fara kata macam menara dubai. Pandai kau ya.

****
 Aku mmg lahir kat kelantan, tapi langsung tak pandai ckp kelantan, tak makan tempoyak, budu. Dalam nasi kerabu, aku letak budu!! Cakap terengganu tu memang biasa sangat lah kat rumah pun biasanya ckp terengganu tapi tak terlalu pekat lah. Slang je terengganu tapi masih boleh difahami. Heheh

Haritu aku pergi mana eh. Haa terengganu! Aku pergi area mana eh. MasyaAllah, terkedu seorang. Slang dorang, aku tak faham menda tapinya kena focus betul betul kat bibir dorang, baru aku dapat tangkap. Ma cakap, tgok area lah. Dekat Hulu Kuala Berang, pekat sikit. Sebabnya 'hulu'.

Soalan lazim yg selalu orang tanya aku,

'Weh, cuti ni tak balik kelantan ke?' 

'Belah mak ke ayah yg kelantan?' 

'Orang kelantan, lawa lawa. Kenapa kau macam bibik indon?'

Oh bibik indon ada yg macam aku ke? Oh pelanduk dua serupa lah tu. Kah kah kah

Tiada ulasan: