Isnin, 1 September 2014

Birthday: Part 3

Waktu 28 August, tepat jam 12 malam aku dah berangan. Harap haziq, Fara, Odah yg jadi orang pertama wish. Sebenarnya birthday aku disambut awal. Long dengan Kak Aen dah nak balik sabah malam tu. Kitaorang sambut dekat Lilawadi. Jadi, kiranya birthday aku disambut secara dua kali. Khamis, sekali. Jumaat, sekali. 
****
Tapi sedih betul, Haziq orang terakhir yg wish. Sebenarnya sikit lagi. Kitaorang tengah borak borak dekat wechat, pastu jam 11:37 haziq kata dia em mengantuk. Aku cuba fikir positif jap lagi mesti dia bangun semula, dan ucap..

'Happy birthday sayaaang. (love seketul)' 

(Tlg jangan muntah disini miahahaha)

Sampai ke pukul 2 lebih aku tunggu haziq. 
Tak ada juga. Esok, bangun tidur..  masa nak mandi gi sekolah, terus check tepon.
Mengeluh. Nangeh seorang. Balik sekolah, check tepon lagi. Tak ada juga. Nangeh. 

TETIBAAAA, tepon bunyi ada text masuk dari wechat. SAFIY. kawan baik haziq. Dia baik dengan aku. 

'Hb zaiyanna. Semoga panjang umur'
Waktu tu 2:47 petang. Safiy dah wish. Tinggal haziq je belum. 

'Dia lupa ke?'

Malam tu, lepas jam 11 lebih tu text haziq masuk. 

Borak sekejap pastu tetiba..

'Mok mok. Mok nak tahu something tak ?'

'Haaaa nak nak. Apadia wak?'

'Harini kan..'

'Haaa harini?'
'Kenapa?'

'Ada birthday kawan saya.'

'Ohh haha. Jangan lupa bagi dia hadiah.'

'Dia kan comel ngat'

'Ohh'

'Nama dia zaiyanna mok. Hihi Happy birthday sayang (love seketul)'

'Laaaaaaa haha'

'Harap awak panjang umur & cemerlang dalam pt3'

Lompat  bintang 350kali. Okay tak apa. Orang terakhir. Kita hargai. Nsib baik ingat. Sedih kita. Lagipun sebelum ni dia workout, pergi gym. Tetiba malam tu, dia kata dia em sakit belakang. Biasanya setiap petang, dia datang text aku dulu tau. Haritu, pelik. Sehari tak text. Okay, percaya. 
Catat Ulasan