Isnin, 1 September 2014

Birthday: Part 2

Yang ni cerita yang paling aku akan ingat sampai bila bila tau. Kelakar sangat. Bila aku teringat semula, aku akan gelak sampai terguling guling. Lepas beberapa jam dekat Music star, kitaorang masuk cm. Kitaorang cari plastik ke hulur-kehilir untuk letak kek. Takkan lah nak pergi mana mana, bawa kek tu. Tak syok lah pula. Singgah SASA, nak minta plastik tapi itulah bila fikir semula takkan nak minta macam tu je? 
Aku pun cepat cepat ambik Mask 4 Rm10 yang aku selalu beli. Lepas pilih, aku pergi bayar. Lepas bayar, aku minta dia plastic besar. Aduhai, tak ada lah pula. Sederhana besar ada. Aku keluar dengan perasaan hampa. Plastic tu tak muat. Okay sabar, kitaorang pergi watsons. Memang niat nak pergi sana sebab aku nak beli plaster. Kaki aku akan sakit kalau jalan lama sangat. Pastu lega sebab plastic besar ada. Terlebih muat plastic tu. 

*****
Kitaorang pun pergi sushi king, fara dah ada dekat sana. Lepas duduk, mata aku pandang sushi roll tu. Tak ada pilihan. Tuna mayo tak ada, Salmon mayo tak ada. Beberapa minit lepas tu, aku tengah makan rasanya. Haziq, aku paksa dia makan.Yang aku ingat, dia suka sushi yg ada 'Prawn'. Katanya, prawn-cheese? Tah lah tak ingat. Lepas dia ter jumpa yang tu, yang berbeza sikit.. tetiba tengah aku makan tu dia 'hulur pinggan'. Terkejut besar aku, sushi dia prawn dengan rice tu hancur lebur. Terpisah dua miahaha 

Aku tanya haziq. 'EH, KENAPAAAAAA?'

'Tak naaak. Tak sedap sushi ni.'

Kening aku berkerut. Tahan gelak. 
'Ehh, makan habis. Tu tak letak sauce dia, memang lah tak sedap. Cuba letak sauce dia.'

'Ish taknaaaaaak. Tak sedap.'

'Haaa kalau tak nak, ambiklah yang lain.' 

Dia geleng kepala. 

Rasanya aku suruh fara letakkan sauce tu kat haziq. Yaallah, nak tergelak aku waktu tu. 
Haziq sebiji macam budak kecik yang comel. Aku ingat, dengan haziq.. aku yg manja terlebih.I iz anak bongsu. Haziq anak kedua ;p  Ya betul, dalam text memang dia nampak matang. Selalu usik aku. Tapi haritu, sakit perut gelak.

Pastu, dia pun makan habis. Lepas habis tu, tinggal prawn je dekat tepi.
 TETIBAAAA, sekali lagi dia hulur pinggan. 

'Ehhhh, kenapa tak makan tu? Makan lahhhhh.' 

'Taknaaak..' 

Rasanya dia bagi kat Afiq. Yaallah, serius Afiq kelakar. Cara dia nampak yang dia anak manja muahaha boleh pulak tiga lelaki tu main suap suap. Kitaorang yang tengok ni, tergelak sampai sesak nafas. 

Lepastu lepas sushi aku sampai, aku suruh haziq rasa. Dan suruh semua rasa. Haziq tanya.. 

'Ni apa?' 

'Oh ni salmon mayo. Yang ni Tuna mayo. Try lah.. sedap!!'
*letak kat pinggan dia*

Haziq makan tetiba dia kata Sushi aku tak sedap. Ish jahaaaat. Favourite aku tu. 
******
Yang kedua, tak tahu tu sushi siapa. Yang pasti, ada timun. Lepastu dah nampak dah haziq hancur hancurkan sushi timun tu. Ternganga mulut aku tengok. Lepastu dia letak sushi tu kat pinggan aku. 

'EHH?! Hancur dah. Ish jangan buat macam tu..' 
(Tak tahula. Semulajadi aku jadi macam mak mak. Allah, memalukan weiiii) 

Nak dijadikan cerita, belakang kitaorang ada budak kecik yg comel. Macam barbie budak tu. Aku pun cuit dia. Lepastu senyum. Dia cepat cepat nyorok. Malu. Haziq gelakkan aku. Lepastu belakang haziq, ada budak kecik tau. Sementara budak tu pandang meja kitaorang...

Aku sengih. 
'Haziq, tegur budak tu!!!!!'

Bapak jahatnya. Haziq macam buat satu bunyi terkejut sambil ketuk penghalang meja tu. Serius terkejut budak tu. Aku dengan Fara tergelak tau. Dah lah waktu tu muka haziq selamba.
Catat Ulasan