Ahad, 3 Ogos 2014

Punca perempuan selalu lambat bersiap

Kalau family kitaorang rancang nak keluar, memang semua dapat agak siapa yang paling lambat. Abang aku kalau bab masa, memang dia serius. Kiranya dia seorang yang punctual. Biasalah tentera semua benda nak tepat masa. Lelaki akan bersiap cepat sebab dia tak fikir sangat nak ber bedak, tengok cermin.. baiki tudung. Kalau perempuan ni lain. Kalau boleh, sejam pun tak cukup agak nya. Tudung ditiup angin sikit, dah gelabah cari cermin. Screen tepon dijadikan cermin tika kecemasan. Kalau boleh waktu makan burger.. nak potong satu satu takut lipstik mahai MAC (katako) pudar. Hilang seri wajah tanpa lipstik. Macam kakak aku. Nak gi kedai runcit naik motor rempit rempit dekat dengan rumah pun, pakai lipstik merah menyala geli tiak aku Katanya, takda keyakinan waktu nak jalan. Dalam kereta, dia siap letak satu lipstik kecemasan. Masa lipstik tu takda, gelabah susah hati bibir kering. Takda warna. Pelik tul 
****
Contoh nak keluar pukul 5 petang. Abang aku sebagai driver, akan bagitahu dua adik perempuan dia bersiap jam 4 petang. Pukul 4:45 petang tu mesti tunggu dekat kereta. Katanya siapa lambat siap, kena tinggal. Dia selalu berlebel..

'Bersiap kalah artis. Kalau lawa tak apa juga..'

Weh, suka hatilah. Nasib baik aku tak pakai baju gi noreh getah. Tu lain cerita. 
Sebenarnya perempuan ni selalu lambat bersiap.. ada banyak sebab. Cari baju, sejam. Duduk termenung depan almari. Katanya.. tak ada baju. Semua baju dah pakai. Kang bergambar, upload istagrem tetiba ada member tegur  Bajet retis ko Kekadang ada juga abang aku berlebel. Ya dia memang suka nyibuk. Ayah aku pun menegur juga. 

'Agaknya, diaorang ni baju nya sekali pakai je lah kot. Lepas dah pakai, simpan dalam almari. 
Esok tu nak keluar.. fikir pula nak beli baju baru. Ingatlah kita ni orang biasa. 
Artis, lain cita. Pakai je lah baju mana mana pun..'

Perempuan biasalah sampaikan Haziq kata, waktu raya ni perempuan paling bersungguh. Beli beg lah, beli tudung lah, beli tu lah beli inilah. Lelaki ada satu baju je. Tak kesah pun ada baju ke tak. 
Uish, Lelaki tu memang lah. Diaorang tak kesah mana. Kalau boleh lepas balik masjid raya pertama tu, diaorang akan tukar tshirt. Takkan lah seharian nak pakai baju melayu kan? 

Yang kedua, perempuan akan ambik masa berjam jam berdiri depan cermin. Kalau pakai bawal, tetiba bulat.. baiki pula. Skaf tergerak depan sikit, baiki.  Lepastu pakai bedak, tepek bb cream, sapu blusher, kening belum ditebalkan, lipstik pelengkap hidup tu wajib pakai. Pakai lipstik pulak ayu je perlahan lahan kang takut comot, boyfriend lari.

Tiada ulasan: