Sabtu, 2 Ogos 2014

Birthday wishes 2

Nak berangan lah sekejap *kelip kelip mata sambil duduk bersimpuh ayu*
Berangan mat jenin akhirnya kena tembakan padu ber das-das. Rupanya mak kita simbah air kat muka. 
Pernah tak berangan, nak minta orang buat kan kejutan kononnya disayangi lahtu pastu tetiba bf datang dari belakang.. pandang mata kita tepat. TETIBAAAAAA.. 


'Happy birthday sayang...' 

Pengsaaaaan weh kalau Haziq kata gitu. Agaknya lemah lutut eden. Skru abeh longgar. Sampai rumah, terpaksa bawa organ. Terkejut mak kita. 
Dah sah sah lah mata kita waktu bf wish.. bersinar-bahagia kata ko kekeke Rama rama dalam perut memang akan menyorok lah jawab nya. Serius gembira bila bf kita ingat tarikh penting, tarikh birthday kita (pls jangan muntah dalam rumah aku muahahaha)
***
 Aku macam, tak berapa suka hadiah tapi aku suka kemeriahan. Kehadiran. Itu cukup buat aku gembira sampai tupai melompat. Dekat fb, aku akan sengih seorang kalau ada yang wish. Alhamdulillah. Aku akan senyum sampaikan hilang satu telinga. Harap sangat tahun ni aku dapat sambut dengan abang aku, Haziq, Odah, Ainnur dan Fara. Dulu masa birthday aku, long tak balik Malaysia lagi. Yaallah, biasa nya long awal awal lagi akan menghilangkan diri lepastu malam, dia akan muncul bawa satu hadiah. Happy weh. Tahun ni mungkin tak meriah lagi kot. Long pun nanti kawen.. dah ada isteri. Mestilah duduk bawah ketiak isteri pula. Confirm dah lupa aku. Nanti raya, mesti raya rumah isteri. (ini bukan drama tapi realiti adik terasa hati dengan abang) Ini lah nasib kalau ada abang seorang. Bermanja pula dengan abang. Susah tul nak berenggang. Bila jumpa, macam kucing dengan anjing. Lari sana, gurau sini sampaikan bising satu rumah. 

Lepastu aku sibuk berangan lagi, alangkah indah nya kalau dapat beli sandal kat birkenstock tu. Merah menyala sungguh mengancam lagi menarik minatku *drool* Harga mencekik darah, confirm tak dapat. Takpa, kita berangan. Layan kan aje. Pehtu, bag rockers 99 hengget dekat H&M paling aku craving sekali. Kalau boleh memang nak beli guna duit raya tapi Fara kata, tunggu kerja nanti baru beli. Kata hatiku.. 
(Kata hati merayu aku pergi. Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya

'Kalau dengar cakap fara, tunggu kerja nanti.. entah entah beg tu takda dah. 
Kang zaman 2017 nanti lagi canggih. Orang lain bawa troli, kau sibuk berangan nak galas bag rockers tu...'






 Bersabarlah.. *usap perut* 
Catat Ulasan