Jumaat, 18 Julai 2014

Menghembus nafas lega

Akhirnya aku dapat hembus nafas lega setelah sekian lama, meluangkan masa selama 3 minggu dengan Pt3 sejarah dan geo. Alhamdulillah, selesai semuanya. Serius stress selama 3 minggu ni. Masa banyak habis cari maklumat, ke hulu ke hilir dengan fail, lepastu turun-naik pejabat abah yang tingkat 4 tu semata-mata print kertas kerja. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang kami, tingkatan 3 ni rasa. Mengeluh? Mengeluh lah banyak mana sekali pun. Tugasan ni penting. Kalau tak ambik serius, macam mana keputusan kita? Nak dapat kosong? Nak ke? Betul juga semua ni ada sebab. Betul orang kata, setiap apa yang berlaku tu bersebab. Contoh, ada pt3 sejarah dan georafi dalam masa yang sama, sampaikan kita kesuntukan masa.. mungkin kementerian nak kita lebih berusaha. Tengok lah sebagai contoh, diri aku. Aku tak tunding jari kat sapa sapa. Sebelum ni, bila dapat tahu dah tak ada pmr, melompat tak ingat dunia. Konon pbsmr/ada pbs/pt3 ni ada, rileks. Usaha? Ada aku usaha? Study? Tak ada! Bila dapat tau ada trial exam, baru terfikir ambik buku dan baca. Tu pun, last minute. Langsung tak ambik tahu tentang keputusan yang banyak telur ayam. Ada aku kesah? Tak ada! Sebab kurang kesedaran. Hati dah bertukar batu. Hidup sentiasa nak senang. Belajar, tak nak. Shoppig, nak. Kan tak ada adil macam tu. Sepatut nya sama rata.
***
Kita selalu fikir, semua kesenangan dihujung jari. Apa yang kita nak, semua dapat. Abah ikut semua apa yang aku nak tapi ada aku nak balas balik apa yang abah beri tu? Tak mampu.
Abah hantar gi sekolah.. bukan untuk bergosip/tidur/berangan dalam kelas tapi sebaliknya kita tak tahu. Hanya buat tak tahu semua tu. Yang kita tahu, gi sekolah.. nak jumpa kawan kawan. Ada hot story nak update esok pagi. Yaallah. Ada kesungguhan nak berubah? Ada tapi  tak lakukan betul betul. Tak bersungguh sungguh. Separuh jalan. Harini boleh lah kita cakap, kita sayang mak ayah kita, kita janji tak buat dah. Tapi esokkan hari, mungkin kalau kita lalai.. mungkin boleh terjadi perubahan tu terhenti. Contoh macam kau buat kuih. Kau bukan main berangan nak kuih tu jadi special macam apa yang kau bayangkan tapi tetiba kau cari alasan.. malas nak buat. Tak ada masa. Nanti ada masa, kita buat. Okay lepas buat, malam tu kita dah kata nak buat lagi lah lepas ni. Percubaan mula mula memang lah rasa dia biasa biasa tapi tetap memuaskan hati ni.Haa boleh lah nanti practice air tangan sendiri mana lah tahu boleh sertai masterchef. Tetiba kita terjumpa resepi lain pulak. Yang best dan nampak sedap, mungkin waktu tu kita macam dah berubah arah. Macam jugak apa yang terjadi pada diri kita saban hari. Bila sedih kita cari Allah. Bila kita senang, ada kita ingat Allah? Masyaallah :'(   Tapi Allah maha besar. Walau jahat macam mana sekalipun seseorang itu, kalau ada usaha untuk kembali kepada-NYA.. Allah akan terima taubat dia.

Tiada ulasan: