Isnin, 21 Julai 2014

Masalah dihari raya

Sebenarnya raya tahun ni  kalut sebab beli baju last minute malahan, sedikit hambar. Mungkin ada beberapa sebab, raya tahun ni tak syok. Masalah utama, atas faktor usia yang tidak mengizinkan. Dulu, lepas balik masjid.. Apa lagiiii sampai ke petang takda kat rumah semata mata cari duit raya. Ingat lagi dulu dulu masa kecik.

"Assalamualaikum... Nak rayaaaa" 

"Haaa waalaikumussalam. Masuk lah. 
Nak makan tak? Minum nak?"

"Heeee dah kenyang lah." 

Mata sibuk belek kuih mana yang sedap. Kekadang dahaga sangat, sebab penat round satu kampung.. Kita minum air je 

*keluar rumah* 
Tengok sampul. 

"Laaaaaaa, seringgit je ke?" 

Tengok! Langsung tak bersyukur! Budak budak sekarang macam tu lah. Termasuk orang yang sibuk duk bercakap ni. Zaman moden, serba serbi teknologi yang mampu dimiliki maka, ibu bapa selalu ajar anak anak pegang duit yang berjumlah besar. Sekarang, tak pandang dah seringgit tu. Coklat, aiskrim dah cekik darah. Seringgit tu boleh dikira,   Celah gigi ni je. Kau jangan... Tak main lah aiskrim matku ni. Nak juga minta mak ayah duit sebab nak beli magnum. Kelaaas kau dek!! Hakak, baru 2 kali makan magnum. Duit tu rasanya dah boleh beli topup, on data internet ;p 

****** 
Dulu, baju 10 pasang. Sekarang, 3 pasang. Sungguh ketara disitu perbezaannya. Jangan tanya kenapa 

Krik krik krik krik 

Sekarang, aku sibuk bising nak beli baju kurung satu, baju jalan jalan lebih sikit. Jeans satu. Tetiba kakak aku.. 

"Kau nak minta baju jalan jalan tu macam lah kau budak budak lagi.
 Lain lah dulu, selalu gi beraya rumah orang. Ni dah besar, duduk rumah je lahhhhh.." 

Weh, apa ni. Takkan lah disebabkan aku dah besar, terus tak boleh beli semua tu? Nak juga merasa dan tak boleh berubah. Kena beli baju jalan jalan juga. Yelah, waktu nak beraya ni lah kena "pauu" lebih sikit. Waktu lain, abah takkan layan sebarang permintaan. Bila dah mula peringkat remaja ni, abah dengan ma macam dah tak kesah kan apa yang aku nak pakai. Maksud aku, kena urus sendiri. Dulu, waktu belum naik sekolah menengah.. Memang hari hari ma belikan aku baju. Sekarang? Bunyiiii cengkerik. Mungkin sebab abah ingat, lepas aku ada phone.. Berkawan dengan orang besar, aku boleh cari sendiri dan tup tup, abah yang kena bank in kan muahahahahaha serius aku bagitahu. Sejak ada instagram, hidup aku jadi macam "syurga membeli belah" kau ghaser? Haaaa tapi aku tak boros k. Aku macam, survey dulu akaun online shop lepastu tengok harga. Kalau dekat tempat A baju tu Rm60.. Tempat B Rm32, aku akan pilih tempat B!! Lepas aku dapat tahu, banyak online yang menipu.. aku macam lebih berjaga jaga. Kakak aku dah jadi mangsa. Dia rugi RM200 rasanya. 

Sekarang, aku memang berkira. Walaupun baju tu macam Rm40. Harga dah comel tapi Aku tetap nak dalam harga aku Rm30!! Serius berkira weh. Entah lah bagi aku, Rm40 tu macam mahal lah. Kalau boleh, nak yang murah, lawa, menepati citarasa dan boleh beli banyak banyak. Satu lagi jenis aku, aku tak nak penjual online tu contohnya dia jual baju/seluar/kasut, harga Rm69. Lepastu tetiba "Rm69 EXCLUGE POSTAGE" weh bagi aku, mahal k!!!! Lepastu kena add +Rm6 ada sesetengah seller add postage Rm10/Rm8. Aku nak macam orang tua jual, macam ni 
"Rm69 INCLUGE POSTAGE"

Tiada ulasan: