Sabtu, 26 Julai 2014

Kawan tu penting

Kawan ni orang yang paling kita rapat dan kalau kita ada masalah, kita akan cari dia.Siapa lagi kita nak harapkan? Mestilah kawan kan. Sebab tu kita kena tahu betapa penting nya nilai seorang kawan. Bukan hanya waktu susah je kita cari dia. Aku cukup sedih dan patah hati kalau ada kawan yang cuba memperguna gunakan kelemahan yang kita ada. Dah kawan minta tolong, Inshaallah kita tolong selagi mampu. Walaupun lewat malam, pukul 3 pagi.. kawan whatsapp minta tolong siapkan homework dia sebab cikgu nak esok. Kita buat sebab kita tahu, kawan kita tengah susah. Apa guna nya ada kawan.
**
Prinsip aku mudah je. Aku harap, bila aku turuti apa jua kemahuan kawan kawan aku dan tolong selagi mampu.. aku harap sangat Allah permudahkan segala urusan aku dikemudian hari. Aku tak nak waktu aku susah, semua lari lintang pukang. Aku selalu fikir. Adakah satu hari nanti mereka akan balas balik semua tu? Adakah mereka akan berbuat baik dan tolong aku semula?
Semua tu nampak macam berbuat baik.. dan minta pembalasan. Tapi itu lah yang kita nak. Kita bukan minta yang buruk buruk. Tolong cikgu.. lain cerita. Setengah orang, tolong cikgu sebab mungkin cikgu akan bagi markah lebih. Kononnya buat baik macam tu, cikgu puji

'Murni sungguh hati pelajar ni nanti aku bagi markah lebih lah.'

(Sesungguh nya, anda jangan lah buat sebegitu. Berangan mat jenin weh muahahaha)

Aku mungkin salahkan diri sendiri sebab mudah percaya kan orang. Aku terkilan sangat kali ni. Ya aku tahu, aku rampas hak orang. Aku ambil aisyah dari rusha, hajar dan chris. Aku rapat dengan Aisyah pun sebab Roy. Kitaorang jadi baik dan tetiba Rusha, hajar, chris macam marah. Katanya, aku rampas aisyah. Sebenarnya dalam berkawan, takda istilah rampas. Hak tu terletak pada Aisyah. Dia boleh berkawan dengan sesapa pun. Tapi yelah, aku fikir.. aku baru je berkawan dengan Aisyah. Tak salah kalau Aisyah pilih Rusha, hajar dan chris. Pada awalnya, aku memang payah nak terima segala kenyataan yang Aisyah dah mula rapat dengan geng dia. Lama kelamaan, hati aku macam tak ada maknanya. Kosong tanpa perasaan.

Bila aku duduk seorang, aku tertanya tanya juga kenapa Aisyah perlu buat macam ni eh? Aku dah lama diam. Aisyah seolah olah datang pada aku hanya nak minta tolong. Subhanallah. Hati aku perit sangat. Hanya Allah yang tahu. Aisyah macam, waktu dengan geng rusha.. aisyah tak layan aku. Buat aku macam tak wujud. Tapi bila tak ada diaorang.. dia mula rapat dengan aku. Cukuplah, aku tak perlukan semua tu. Hati aku sedih bila teringat waktu kita semua rapat dan nama 'ZOAF' wujud. Waktu tu aku bahagia dan cukup bahagia bila dapat tahu, Aisyah dah mula rapat dan selesa dengan aku. Tapi sekarang.. bila aku buat.. semuanya tak kena. Ada je dia nak marah. Jangan buat macam tu. Hati aku lemah. Jangan buat aku macam ni. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku tak nak nanti kita terus berpisah dan ZOAF pun hilang. Tapi aku sabar. Aku terlalu sabar untuk semua ni. Mungkin, ada hikmah apa yang dah berlaku. Sekurang kurangnya aku pernah kecapi sedikit kebahagian ketika bersama ZOAF. Ya aku happy.

Pernah ada sekali tu kitaorang gaduh, semua budak lelaki dekat tuisyen asyik tanya kenapa kitaorang tak rapat. Semua pelik. Biasanya, ada je geng zoaf gelak gelak sampaikan cikgu tegur. Waktu aku dapat tahu, Aisyah reka cerita. Bob tanya aisyah.. kenapa dah tak rapat dengan aku. Aisyah pun jawab, zaiyanna selalu bercerita tentang lelaki. Yaallah aisyah, perlu ke bagitahu macam tu? Sampaikan semua tu tempias kat Haziq dan Haziq tanya aku betul ke apa yang bob bagitahu tu.
Serius aku bagitahu. Aku jarang bercerita tentang lelaki mahupun luah kat aisyah. Setahu aku, aku rapat dengan Fara. Fara je lah yang aku banyak luah. Sampaikan aku tak mampu nak kata apa. Berjuta terima kasih kepada Fara sebab sentiasa menyokong aku, pembaca setia blog aku biarpun isi dalam tu banyak merepek. Alhamdulillah terima kasih ;)

Tiada ulasan: