Khamis, 31 Julai 2014

Girls day out (part 6)

Ni sambungan tau. Sebenarnya haritu aku ber iftar dengan kawan sekelas fara. Dengar macam, pehal pulak si zaiyanna ni keluar dengan kawan kawan fara. Sibuk tul. Tapi aku pun kenal kawan kawan fara tu. Nini, hani, shuha, umi, fathin, syifa. Gila happy keluar dengan diaorang. 

*goyang pinggul* 

Serius macam keluar dengan adik adik sebab aku paling tinggi ekekeke. Comel jika teringat semula. Abang rizal kata, aku leader. Maaf bang. leader.. orang nya cerdik tapi kita tak cerdik. Math pun markah sokmo telur ayam kampung. Keluar ramai ramai sebenarnya seronok. Haziq je kata tak best. Dia kata serabut kalau keluar ramai ramai. 
***
Sebenarnya janji pukul 3 nak jumpa tapi masing masing berpecah Lepastu, kitaorang jalan jalan sambil menghirup udara aircond cm (ewah) waktu tu aku bawa duit lebih sikit kononnya nak beli kasut raya. Tetiba ma dengan nyoh datang, jumpa pulak dekat parkson. Aku pun, berlari anak pergi sana bila dapat tahu "boss-besar" turun padang. Apa lagi, jimat duit iols. Lepastu lepas pilih kasut dalam parkson, aku pun keluar. Hati dah bertukar senang bila dapat tahu, duit masih berkepuk dalam poket. Duit tu dah macam melompat lompat keluar bila dapat tahu kat luar sana ada yang duk memanggil manggil 

"datang sini!!"
"Barang murah diik.."  

Raya ni banyak diskaun/ jualan runtuh uols. tapi tak apa. Kita sabar. Tahan nafsu yang kian membuak buak sampai meleleh ayaq liuq haha 
(dramatis banget kamu ini) 

Lepas tu aku jumpa abang rizal dekat depan pdi. Cakap ala kadar macam orang pemalu kucing, abang rizal pulak malu rimau.. Aku pun minta diri dulu. Dengan sopannya, menunduk ala ala gadis melayu terakhir.  Kihkihkih 

Sebenarnya aku save duit untuk makan  SUSHI KING (isi pertama) Memang kami macam melahap, bertahun tahun tak makan. Sampai sampai lepas beratur.. Dan dapat tempat, masing masing sibuk pandang roll yang dipenuhi 
"godaan yang berpusing pusing."  Masing masing mata macam <<_<< 
>>_>> 

Belum sampai makanan yang di order, meja kami dah penuh dengan sushi yang kitaorang ambik atas Roll gerak gerak tu. Serius ni kelakar. Ambik banyak banyak, tapi bila dah lepas berbuka.. Perut pun penuh masing masing macam ular kekenyangan.

Kitaorang order air green tea. Pada awal nya 1 jug tapi nampak masing masing dahaga, si fathin tekan buzzer untuk order 1 jug lagi. Sebenarnya dulu air green tea ni free je. Sekarang, tetiba bayar mungkin sebab tarikan ramai. FREE, siapa tak mahu kan. 

Tak silap aku, sushi ni kalau nak murah dan tak mau bayar mahal mahal.. Mudah je. Pandai pilih pinggan. Sentiasa berwaspada dan periksa warna pinggan sebelum makan ( ! ) Aku biasa ambik hidangan yang sama. Tuna mayo. Salmon mayo lepastu satu lagi jenis macam salmon egg kekuningan ala ala telur gitu.Yaallah sedap T.T
Satu pinggan, ada 2 ketul/biji sushi. Haritu tak silap aku, aku bayar Rm 20 lebih. 

Air ice lemonade tu Rm 3.90 
Salad dressing ke apa tah Rm 4.90 
Pinggan biru Rm2, 
pinggan warna beige Rm 3. Tak ingat pulak berapa pinggan aku ambik. 

Biru RM2
Beige RM3
Pink RM4
Red RM5
Purple RM6
***
Waktu duduk sambil tunggu azan, kitaorang buat gila gila/ketawa senang hati sampaikan orang lain sibuk pandang meja kitaorang. Yang paling lawak sekali tang aku panggil nini "kiki" fara pun sibuk duk mencelah akhirnya meja kitaorang riuh rendah dengan ketawa. Nini pun jawab, "uish, kiki keluarkan steering kereta kang" waktu makan, tak kesah dah malu ke apa. Malu buang ketepi yang penting kita kenyang. 
+8 orang 

Lepas dah makan sushi, kitaorang try pencuci mulut pula dekat TONG PAK FU. Kedai makan yang paling aku suka ^_^  (fara ajar) 

Jangan tanya aku order apa. Aku ambik, aiskrim snow ice mango!! Idaman malaya tu! Sedap!! Snow ice durian, sedap sikit. Aku kasi 3/5

Semua pun dah balik, dan macam berpecah. Aku dengan hani, fathin sebab diaorang tumpang balik. Lepas teman si fathin gi watson untuk beli bedak pixy, aku pun tetiba dahaga. Kering tekak lah pulak ahem ahem. 

Mata ter cari cari mana chat time. Aduh ramai pulak. Aku pun pergi boost. First time okey!!! Mahal lah pulak. Dahaga punya pasal aku pun try ambik medium. Tak silap aku, aku beli em yang berry berry juice tu. Hehe Semua nya Rm12 lebih. Terbutang mataku ohoi. 
Masam lah pula. Okay lah boleh lah 4/5. 

Nah kita lanja selfie. 





 Haziq, maaf tak ajak. Nanti kita keluar ya. Hihi 

Tiada ulasan: