Rabu, 30 Julai 2014

Cabaran dibulan puasa

Salam babe Selamat hari raya :D
Serius banyak cabaran yang kita lalui ketika ramadhan. Dahaga, lapar dan letih. Bila balik sekolah, rasa macam terus nak baring atas katil. Tapi yelah penat lelah semua letak tepi. waktu tu tengah episod akhir temptation of wife ekekeke 
Waktu dekat sekolah, cabaran bagi aku  sebagai seorang pelajar cemerlang.. (Tolong jangan caya) Terpaksa naik tangga weh. 3 tingkat bro. Kelas aku atas sekali. Kalau nak diikut kan tetiba ada kuasa terbang macam spiderman, superman.. nak aje aku terjun dari tingkat 3 ke first floor. Waktu sains, agama dan kh, paling penat sekali. Tipulah kalau aku cakap aku langsung tak mengeluh. Ketiga tiga subjek tu wajib turun bawah. Yaallah, ujian. Tapi takpa. Fikir positif semua tu senaman khas tanpa diketahui. Tertanggal segala lemak.

**
Yang kedua, waktu bulan puasa.. Cuaca panas memanjang habis basah ketiak hahaha acah jer. Bukan bukan, habis berminyak satu muka sampaikan ada yang tegur kenapa muka aku merah ala ala udang terbakar? Serius muka aku sekarang, sensitif lepas stop pakai collagen plus vit e (nanti aku cerita) Bukan mengada konon tak boleh kena panas, tapi realiti nya begitu lah. Kalau berjemur tengah panas, balik tu mesti naik jerawat lepastu kulit tetiba belang macam lengan aku ni. Jika bezakan muka dan tangan, memang serius aku bagitahu yang tangan aku hitam macam arang, muka putih bagaikan bedak sejuk tak cuci semalaman. Kedengaran macam fake, tipu.. Macam iklan dherbs 

"eeeiii muka putih tangan hitam. Dayang senandung!!" 

Percaya tak kalau aku cakap yang sebenarnya kaki aku serta part lain lain yang tak dapat dinyatakan.. tak hitam macam tangan ni. Aku, dari kecil tak reti duduk diam. Masuk acara tu lah masuk ini lah lepastu kulit belang. Tak masuk acara pun, biasalah budak budak selalu menyokong kawan kawan kat tengah padang sambil tepuk tangan, jerit. Dulu tak sedar, matahari tu menggelapkan kulit. Masa sekolah rendah, muka aku gelap tangan gelap. Aku juga aktif kawad tkrs dan wakil negeri pahang. Start sekolah menengah ni dewasa sikit, (sikit jer)  terasa macam nak pakai produk yang banyak jual kat pasaraya. Nak juga putih putih melati. 

Biasa aku akan jaga muka dari anggota yang lain. Kalau muka, contoh macam aku nak pergi main sukan atau ada aktiviti koko.. Aku akan pakai sunblock. Sunplay kaler merah. Atas dasar kurang kesedaran, aku lupakan tangan.   Muka putih tangan hitam. Kan nampak  tu macam pakai tangan palsu 
***
Ketiga, aku rasa macam takda mood nak makan bila waktu berbuka. Dulu, aku memang hantu makan. Pergi bazaar, macam macam aku beli. Sebab tu dulu aku gemuk. Sekarang, aku kena makan satu lauk yang berlainan. Contoh, puasa pertama ikan bakar. Puasa kedua, kena tukar lauk pula. Yang pasti, jangan sepanjang masa. Selang seli boleh. Isnin, ikan masak tempoyak. Selasa, kari ayam. Rabu, Ikan masak tempoyak. 
Aku tak boleh kalau hari hari lauk yang sama. Macam haritu. Sepanjang bulan puasa, ma masak ayam. Tak kira lauk tu banyak jenis ayam sekalipun walau ada tiga lauk ayam macam gulai ayam, ayam masak merah, ayam masak kurma. Sampaikan bulan puasa ni aku makan dua kali sehari. Berbuka dan sahur. Berbuka, berbuka je lah. Lepas berbuka, aku masuk bilik main phone. Tak makan dah. Tunggu sahur pulak, makan. Bunyi macam gedik betul perempuan ni. Tapi memang gitu. Aku pun tak faham. Mungkin sebab aku selalu tidur lewat jadi, ganggu pemakanan. (Iya ke?) Dalam kemungkinan. Tapi tak kurus pun. Gemuk juga. Peha pun makin membesar. Punggung pula kalah kim kardashian dan nicki minaj. 

Keempat, setakat ni aku rajin puasa. Dulu memang liat lepastu selalu ngelat curi curi minum air paip dalam bilik air. Mandi 3-4 kali dalam sehari. Macam mana lah tak penat. Bila balik kampung, kau sibuk main basikal tengah tengah panas. Minah Rempit sejati lah kononnya letak botol kempis yang dah guna tu kat atas tayar basikal. Sementara aku gerakkan basikal laju laju. Akan dengar satu nada yang macam bawa "ferrari" bahahaha enjin turbo beb. Terasa diri begitu hebat waktu tu. Semua orang pandang. (Ini betul)
****
zaman muda mudi je lah i buat macam tu, curi curi minum air. Sekarang, dah sedar betapa peritnya bila tak puasa.. Esokkan hari lepas raya kena ganti weh. Itu yang tak larat. Begini lah nasib. Puasa tak nak, raya nak. Itu tak bagus. Kononnya dulu tengok kawan makan, nak makan juga sebab tak tahan nafsu membuak buak. Rasa macam..

"nak makan nak makan nak makan juga. Kalau tak makan, pengsan" 

ibarat kan macam tu lah bila bulan puasa. Air masak pun bila tengok kawan minum, boleh pulak kita terliur. Hari biasa, air masak pun pandang sebelah mata. 

Tiada ulasan: