Ahad, 8 Jun 2014

#Ke tuisyen ke kita part 4

8 Jun 2014

Tet tet tet tet dah pukul 3 petang pagi, ijah weh.
Pahang!!!! De best. Walaupun gol last minute, tapi terbaik lah *tepuk tangan. Kembang buntut hidung*
Malam ni aku nak luah. Sedih aih (lap air mata)
Waktu dekat tuisyen haritu, ada orang baru masuk. Maaf lah nama dia aku rahsiakan tapi aku nak kutuk sikit

'Kau pondan weh! dah lah pakai kain pelikat gi tuisyen.'

Aku kenal dia ni pun dekat wechat. Baik lah jugak tapi kuat ngata aku juga. Ngata pulak depan depan. 'Zaiyanna mayat hidup'  Lama lama kitaorang dah tak berhubung sebab aku tak suka perangai dia. Benci tak tahu kenapa. Waktu tu serius aku tak cari masalah dengan dia, tetiba sibuk panggil aku. Aku ingatkan apa. Waktu tu aku tengah wechat haziq rasanya. Main phone sementara cikgu keluar kejap. Lepastu terdengar bunyi tikus mondok duk panggil Merpati putih.

'Zaiyanna.....'

Walaupun aku nampak diaorang sibuk duk ber-selfie, Aku buat tak layan. Serabut tahu tak?!
Tetiba sekali lagi Tikus mondok berkain pelikat, panggil.

'Zaiyanna... zaiyanna...'

Aku? tetiba terlintas nak pandang.
Lepas aku pandang tetibaaaaaa... baaaaaaaangaaaaaang punya pondan.
Nak nangis.

Tikus mondok tangkap gambar curiiii dalam keadaan aku tak bersedia!!!!!!
Weh malu tahu tak?! Yaallah.
Memang dalam hati aku kutuk,  ada jugak aku sunat kali kedua dia ni karang. Bapak lah geram weh. Sumpah benci.
Apa kau rasa, kau tak buat apa apa masalah dan tak ganggu sesapa, hanya diamkan diri tetiba mamat tikus mondok duk kacau kita. Weh nak belajar, buat lah cara belajar. Kau baru masuk tuisyen (hari pertama), dah buat hal dengan perempuan. Tu tak hormat perempuan namanya. Waktu tu serius aku malu bila satu geng lelaki ketawa sampai pecah perut.
Weh bagi korang ia amat melucukan sampai anak tekak pun keluar, tapi tahukah kau semua tu menghina orang namanya bila gambar gambar curi tu (bukan aku seorang yang kena) kau hantar dekat group, dan masing masing sibuk mengutuk dan ketawa bagaikan ia satu permainan yang boleh dijenaka-kan.
Walaupun itu hal kecil tapi sekurang kurangnya nak ajak bergurau sekali pun, bukan dengan cara yang itu. Sensitif weh.

Lepas pada haritu, aku terus bermusuh dengan tikus mondok yang berkain pelikat tu. Bukan sengaja cari musuh, tapi tak tahu kenapa aku rasa jenis orang macam tu tak patut dipandang sebab jenis tak jaga hati perempuan. Sebelum ni aku akan pandang pandang tapi kali ni aku macam em malas dah timbul pisang tumbuh dua kali. Mungkin em aku tak biasa sekolah dengan lelaki sebab tu hal kecil dijadikan hal besar. Biasalah, dari darjah 1 hingga sekolah menengah, aku sekolah dengan perempuan. tak ada lelaki.
Catat Ulasan