Ahad, 8 Jun 2014

Kanak kanak riang

8 Jun 2014
Salam loves
Malam ni kita borak pasal zaman kanak kanak tapi em kali ni bukan zaman bergigi rongak tapi kita borak pasal zaman obesiti. Dulu serius aku gemuk orang nya. Rambut pula macam mak jimmy neutron.  Dulu waktu masa aku darjah 3 rasanya. Ke darjah 5. Tak ingat dah. Kelas kitaorang dekat bawah tau lepastu semua geng aku akan datang awal sebab nak kacau orang. Sungguh tak matang dirimu, sebab masing masign kunci pintu kelas, bawa bedak. Waktu tu 6:45 pgi. Lepastu masing masing pakai bedak, dan duduk dalam gelap. Bila ada tapak kaki bunyi, kononnya ada orang datang nak masuk kelas... kitaorang pun buat bunyi hantu. Waktu tu 'hantu gombe' sangat famous. Katanya -,- hahahaha lepastu bila ada yang nak bukak pintu tak lepas, kitaorang pun gelak. Bapak jahat weh. Lepastu diaorang terpaksa letak beg dekat luar kelas. Lepastu bila waktu bi, Puan Chang ajar. Geng geng aku semua macam tak betul. Paling bising dalam kelas dan kelas yang paling wanted dikalangan guru guru. Kebanyakkannya pelajar bermasalah, keluar masuk bilik kaunseling. Terbaik! Aku juga tergolong dalam golongan itu. *gelak hantu* 

Okay sambung. Waktu bi, semua macam berlagak bagus. Puan Chang tengah serius tau, waktu tu tengah bincang soalan dekat papan hitam. Uols, sekolah rendah guna kapur jer hahaha. 

Puan Chang: Class! Who knows this answer? (senyum)
Lepastu ada yang jawab merepek. Cikgu geleng kepala. 
'Haiyoooo, 6P!!!!' 
Adibah: Cikgu!!! I know!!!

Cikgu pun pandang Ainnur. 
'Haaaa ainnur. Apa jawapan yang ini?' 

Ainnur yang tengah berangan tetiba gigit jari. Hahaha jahat dibah.
Kami satu kelas ketawa. Ainnur (i know) 

Lepastu yang paling tak tahan sekali waktu tengah bersihkan kelas. Seorang keluar, empat orang terus ikut hanya semata mata nak gi ambik kapur dekat pejabat. Lepastu bila dah ramai yang ikut, memang licin kapur tu kitaorang ambik. Sehari ambik, esok dah habis kapur tu. Nak tahu diaorang buat apa? 

Diaorang ambik pembaris lepastu pergi asah asah kapur tu. Haih macam macam lepastu main masak masak. Satu kelas main kau tahu tak? Bapak tak matang nya. 
Catat Ulasan