Ahad, 15 Jun 2014

Girls day out (part 5)

14/06/2014
Salam sayang
 Malam ni luahan hati dipenuhi gambar. Sejak kakak aku ada kereta ni, kitaorang dah gaya lipas kudung pergi merayap sana-sini. Keluar petang, balik malam. Lepastu bateri phone aku yang 99% jadi 2% Kakak aku jenis macam em kalau ada duit, jalan! Macam bila aku pergi tuisyen, kekadang dia hantar. Waktu balik, aku selalu whatsapp dia suruh ambik. Lepastu kena upah dulu
 'Nanti kalau nyoh ambik orang, orang belanja aiskrim sundae mcd'
Walaupun ia-nya hanya aiskrim, tapi tarappa. Asalkan boleh ronda ronda naik kereta! hahahaha
Masuk je dalam kereta, dia dah kelip kelip mata. (ingat comel lah tu?)
Aku dah faham dah senyuman jahat dia.
'Tasyaaaaa, belanja nyoh air chat time boleh?'
Gulp! tercekik gua!
Cek dompet, fuhlamak usap duit yang berkepul kepul. Kereta dah bergerak menuju ke lokasi nya. Okay lah sekali sekala tapi air mata sempat-ku tahan. Muahahaha

Tetibaaaaaaa masa nak parking tu, ya ampun. Dia buat lengah lengah nak bayar duit pulak dah. Subhanallah, aku pun terpaksa seluk saku lepastu nah 'RM2!!!!'

Okay baiklah. Tahan tahan. Ingatkan nak drive thru je rupa rupanya nak turun jugak cari parking haih. Aku dah lah gi tuisyen, pakai macam cik senah gi pasar. Tapi cik senah lawa sikit dari aku yang tak ber-lipstik merah ni. Aku dah lah pakai tshirt serabai, palazo, pehtu shawl 'pap pap sarung belit belit lilit lilit' siap. Muka yang tak berbedak, pakai spek mata. Waktu tu aku macam Yaallah jauh beza aku dengan kakak aku. Rendah diri gila bila jalan waktu tu.

Lepastu minggu lepas kitaorang keluar. Kawan/abang angkat dia, abang syakir. Bapak baik! Engineer dekat em laut terengganu. Bila keluar dengan abang syakir, tak payah keluarkan duit serius. Tetiba aku rasa bersalah. Kesian. Wayang (Abang Long Fadil) dia belanja. Ingat kan nak makan dekat black canyon tapi dekat cm dah tutup lepastu kitaorang makan dekat pizza hut cm. Bapak lembab service dia. Kitaorang nak minta pinggan, sejam duk nunggu. Aku rasa macam 'Ni service layan diri ke bro? Ke nak kena ambik dekat dapur sendiri?'

Aku rasa macam em aku faham. Abang syakir sedang menaruh harapan. Gaya dia macam suka kakak aku. Cara dia pandang. Cara dia bercakap dengan kakak aku Yaallah. Dia rela datang kuantan untuk berjumpa kakak aku. Lepastu em kakak aku macam buat buat tak nampak semua tu dan dia macam kata 'Boleh nak berkawan tapi jangan kasi harapan.' Lagipun kakak aku dah berpunya dan abang syakir pun tahu. Apa apa pun aku nak ucapkan selamat berjaya sebab abang syakir baik. Aku nampak kejujuran dia. Cara dia bercakap, bapak lembut. Kakak aku kata dia jenis macam lembut gitu. Tak reti marah orang. Hihi

Lepas pergi cm, kitaorang pergi tc. Kakak aku nak beli chat time lepastu dia dah sediakan duit tau! Tetiba abang syakir nak bayarkan. Ya ampun. Kakak aku pernah cerita abang syakir ni macam sebelum ni dia tak pernah layan perempuan macam ni. Tak tahu kenapa kali ni dia macam serius dengan kakak aku. (Wah untung sapa dapat abang syakir)





Plainloosetop: Kepunyaan kakak gue. haha kebas
Harem pants: @skirtspants
Lipstic: Nyx 
Sarung tepon: @Nayranshop
Boots: (koleksi dari tingkatan 2) haha lmao 
Catat Ulasan