Isnin, 2 Jun 2014

Bercinta semuanya indah

Salam loves! Setuju tak apa yang iols cakap? Bila bercinta semuanya indah. Cubit pipi pun tak berasa inikan pula bom atom yang maha dahsyat baunya, boleh pulak kita samakan ia dengan bauan-pikat perfume chanel. Haa itu lah padahnya panahan cinta si merpati putih. Ohoi ;p
Tapi serius tau, bila ada someone special ni.. kita rasa macam nak sentiasa bersama. Rasa macam tak text sehari, bagaikan setahun. Bekecai hidup. Duduk pun tak senang. Setiap saat rasa macam nak selalu berborak borak tanpa henti. angau Tapi sungguh ni pengakuan dari hati yang berbunga bunga subur.*ketawa*
Alaaa tak apa. Malam ni je aku gatai jap nak luah kat blog.
Bukan nya ada orang baca pun. Aku seorang je.

Kelemahan bercinta ni ada banyak.

1.Kita cepat rasa rindu. muntah hijau weh

2. Mengada ngada. Bf salah cakap sikit mula lah merajuk tak bertempat. (iya ke?)

3. Terpaksa hadap perasaan 'cemburu'. Serius orang bercinta ni, tak boleh lindung perasaan cemburu. Bf cerita pasal perempuan lain, cepat je hidung kita kembang kempis lawan perasaan. itu kau

4. Suka banding diri dengan ex-gf bf kita.
Contoh:-
'Agak agak Ajis layan Minah, macam yang Ajis layan aku dak?'

'Cantik sangat ke Minah tu?'
5.Suka fikir bukan bukan.
Contoh:-

'Mana Ajis ni? Tak text sehari. Mesti dia dah bosan dengan aku..'

6.Emosi tetiba.

7.Kuat tanya. Bertukar jadi detektif.
Contoh:-
'Sebelum ni awak pernah couple berapa lama?'

'Kenapa putus dengan dia?'

8.-------------------

9.Mulut manis.
(Kalau lelaki tu kuat memuji, cepat tampar diri sendiri sebelum anda angau berpanjangan)

Kadang kadang kita rasa macam orang paling bahagia dalam hidup bila tetiba kita tengah sibuk fikir, 'dia' muncul tetiba. Waktu tu kita memang senyum sampai ke telinga. Kalau boleh nak melompat tanpa henti. Guling guling atas rumput -,- Walaupun selalu bertikam lidah, tak bermakna kita tak sayang dengan hubungan. Cemburu tu biasalah. Perkara biasa. Kita hanya manusia biasa. Tak lari daripada perasaan cinta. Setiap insan berhak dicintai dan setiap insan pasti mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai. Tapi kita perlu tahu. Tak bermakna dia adalah jodoh kita. Jodoh dan pertemuan semuanya sudah ditentukan. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Masa masih panjang. Buat apa nak fikir. Lagipun kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yang menentukan.

Tiada ulasan: