Isnin, 26 Mei 2014

#Ke tuisyen ke kita part 1

(draf) 1/05/2014
Assalamualaikum babeh. *Tunjuk gigi lari dua batang*
Memandangkan empunya blog dah tak mengaku ni blog dia, jadi marilah kita bersama sama memenuhi ruang perdana ni bersama hujah-hujah masam manis ya. Harini erm nak selit selit bahagian tuisyen. Lawa kan hashtag tu #Ke tusyen ke kita. Haha ayat acik.Kikiki
Sebenarnya dari mula masuk tuisyen, aku jadi manusia yang erm peliks. #Blur #sombongtapimalu #koyacantik #koyahumble dannn, kuat gelak. (tak ada hashtag)  Yaallah kalau ketawa tu cover cover ayu tak apalah juga tapi hok ni gaya macam sedu angsa. Siap ada 'sound effect' dekat belakang. Dapat bayang tak sedu? Sedu baby yang comel tu? Haa gitu tapi yang ni jenis sampai bergegar satu badan. Muahaha

Lepastu erm, waktu apa eh. Kan form 3 akan belajar BAB 4 iaitu erm PEMBIAKAN. Semua excited :3 perlu ke excited sampai bersinar biji mata bila cikgu sains tiba tiba kata
'Okay kita dah habis bab 3 ya. Minggu depan inshaallah kita sambung bab..'
Cikgu belum habis cakap lagi, semua dah bersorak. Gila apa? 'Yeayyyyyy belajar Bab 4!!!'
Lelaki je k muka tak malu sebab cikgu sains kitaorang kuat melayan :3
Perempuan semua macam tunduk sebab malu. Semua muka merah. Weh mesti lah koi malu serius. Nanti lelaki belajar tentang organ perempuan *jerit sambil nangis*

Tiada ulasan: