Rabu, 5 Februari 2014

Tersengguk-sengguk. Bahagian 1.

5/02/2014
Salam!
Malam ni aku akan bercerita satu-persatu kisah yang banyak betul ter'miss untuk hapdet. Tak adalah cerita seronok tapi adalah sedikit-sedikit cerita untuk memenuhi ruang pondok ungu akuyang  tak seberapa  ni. *jemputlah masuk. air kosong dengan biskut mayat je mampu hidangkan. Wakakakaka ;p

Okay serius. Haaa tajuk aku hari ni tersengguk-sengguk. Apa sebenarnya ni? Sat naaaaaaa. Satu satu.

first perenggan.
Haaaaaa Alhamdulillah ku-panjatkan syukur ke hadrat ilahi. Masa tahun baru haritu, kiranya masa nak masuk form3 ni aku berasa diruang selesa sedikit walaupun sebenarnya aku berada di 'zon bahaya'. Aku dah naik kelas. Alhamdulillah. Pada awalnya naiik form1 ke form2, muka aku ni duduk dekat kelas Dinamik aje. Abah pun bising juga dan masa Final exam form2 haritu abah betul betul 'tekan' aku supaya naik kelas. Kalau naik kelas, cikgu akan tumpu pada murid sikit. Maksud aku, kalau kelas bawah sikit macam cikgu ala kadar je. Faham kan maksud aku? Sebenarnya aku pun tak tahu nak bagitahu macam mana. Tapi tak apalah asalkan ada lah juga isi-isi yang aku nak sampaikan. Biarlah orang tak faham asalkan aku seorang faham untuk puaskan hati sendiri. *wuuuuuuuuuuu lompat.
 Mula-mula tu, memang aku study sejarah betul betul sampai 3 pagi gua tidur. Bukan nak tunjuk rajin, tapi serius bagitahu aku tak boleh study awal sebab apa yang aku baca takkan masuk punya. Masuk tu masuk tapi esok-lusa kembali nyanyuk.
Exam sejarah, semua bebudak 2D bertungkus lumus study untuk dapatkan markah tinggi tau? Semua pakat tidur lewat dan sentiasa On whatsapp, tanya khabar ulat buku teman seperjuangan yang lain ;p Memang lawak habis dan ada hok seorang tu siap pesan dekat si member ni.. kalau dia tertidur ke apa jangan lupa kejutkan dia untuk solat subuh. sebab lepas solat subuh, nak study sikit. Akhirnya, kedua-duanya tidoq. Hahahaha okayyy tak lawak. Aku yang over. -,-
Alhamdulillah lagi, aku dapat markah 75. Subhanallah! memang terkejut sangat sebab dulu kalau nak tahu aku memang tak minat sejarah sebab cikgu yang ajar tu ngantuk -.- suaranya, masyaallah mendayu-dayu bagaikan lagu Anuar Zain, Sedetik lebih. Mengantuk baiiiiiiiiii. Tersengguk-sengguk aku. Tapi yang si tersengguk ni selalu juga kena dengan cikgu. Dan-dan je cikgu cuit aku. Contoh, masa tu tengah baca buku teks muka surat sekian-sekiann. Aku yang duk berangan sengsorang punn terlongo lah bila cikgu panggil baca. Ohmak kau! Terkejut beruk aku masa tu. Orang lain muka surat 10, aku baru muka surat 7. Tak bergerak-gerak. Orang lain semua pakat pandang aku. bhahaha teruk gila aku.

Satu lagi, paling tak sabar aku nak kongsi adalah 'nazar'. Anda tahu?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur.
Sebelum ni, memang aku doa doa sungguh-sungguh pada Allah. Sekurang-kurangnya aku dah naik kelas pun dah cukup bermakna sangat. Walaupun aku jahat/suka tenkking orang/beremosi/sensitif.. tapi aku juga seperti orang lain ada niat untuk 'penuhi hajat' ibu bapa. Abah tekan aku supaya naik kelas. Aku harap sangatlah masa tu.
Aku siap nazar, Insyaallah kalau aku dapat naik kelas aku akan puasa keesokan hari setelah aku dapat tahu keputusan kelas pada hari itu. (tak salah kann niat aku tu? Sebab itu saja yang aku mampu buat.)
Yaallah Yarabbi.makbul!
Kelu lidah aku. Nangis T.T
Siapa tak nangis kan, Allah makbulkan Impian kita. Subhanallah. Tak tahu nak kata apa.
Catat Ulasan