Jumaat, 7 Februari 2014

Girls day out (part2)

7/02/2014
Salam sayang mba-mba! teheee ;p mesti bosan baca kisah aku ni kan? Haha itulah. Aku tak paksa pun sebenarnya niat aku menulis bersebab. Yang pertama, manalah tahu esok-esok jika Allah uji aku.. aku  eksiden, lupa ingatan. Nauzubillah. Haaa macam mana? Andaikata. Jadi blog ni lah harapan untuk aku pulih semula. Kikikiki *pengaruh novel. Manalah tahu dapat 'Suami playboy' seorang. Yelah, spek Fina aku dah ada. Bolehlah feeling-feeling-love gituu.5saat pun jadilah.*kelip-kelip mata*
Haaaa hari ni kita bercerita pasal keluar-weekend jelah.
(part2) aku keluar dengan Faranabilla Rusdin.Kacip gua! hihi tak silap aku, kita orang keluar untuk beli barang-barang sekolah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak sekolah. Bayangkan, waktu tu Fara tak beli apa apa lagi. Kasut, dekat parkson. Lepastu dia siap belanja aku makan ice-cream Tong-pak-fuuuuuuu*terbang ke awan. Aku tak makan sangat tapi dia yang habiskan snow-ice cream yang maha superb lazat tu. Dia rasa milk saangat sebab kami ambil snow-ice perisa susu.
Okay masa nak makan Sushi King, memang aku silap sikiit sebab dah lama betul tak singgah sejak aku tak berkawan dengan fara haritu. Dia ketawa-terkekeh-kekeh bila tengok aku makan. Haih fara ni T____T
Nak makan dengan chopstick punn ketar-ketar. Senang cerita, satu ketul/biji sushi tu aku buat masuk mulut semua. Malas nak gigit bagai. Payah sebab sushi kan lembiik. Nasib baik sushi kecil. Muat-muat je dengan mulut ;p *jangan bayangkan gaya aku makan.



Keluar dengan fara, sangat enjoy! sebab kami setiap-per-jam 'alarm-ketawa' akan ada. Masing-masing dengan perangai kalut masing masing. Tapi, kami sewik tau? Ramai yang kata kami macam anak-mak/kakak-adik. Well, tinggi aku 161 manakala Fara 14lebih ya babe? Inilah dia orang yang aku cerita selama ni. Faranabilla. Teman se-beauty-tips dengan aku. Kami, kalau ada apa-apa maklumat/petua atau apa apa jelah kannnn wajib share lepastu try kalau satu petua tu mudah. Kalau payah, memang aku tarik selimut dan tiduur lah. Fara, dia sibuk je kata eyebag dia teruk. Weh, tak teruklah. Baru orang kata kita ni study kuat memalam :D sebab tu lah eyebag ada. Hihihihi

(Part3) Girls day out tak larat nak update.  Esok, kalau ada masa Zaiyanna sambung. Tengkuk ni dah sakit asyik menghadap skrin laptop kebawah. Ni punggung pun dah sakit sebab duduk lama sangat. Okay kita upadate, dalam posisi duduk ya. Takkan kuak-lentang pula? Bhahaha

Tiada ulasan: